Sunday 17 March 2013

IBU

Seorang wanita yang tabah dalam mengharungi semua dugaan Allah, dia hanya insan biasa yang sering merendahkan diri. Dalam dunia ni tiada siapa yang boleh ku percayai melainka ibu. Isi hatinya hanya Allah sahaja yang tahu.

Ahad bersama ada dengan 17 Mar 2013 jam 1.30 pagi mungkin, baliknya aku ke rumah setelah seharian keluar, mungkin aku telah menguris hati ibu ku. Kerana jarang pulang ke Taiping, sekali balik keluar berjalan pula dan pulang lewat ke rumah. Pada malam tu, sampai saja dirumah aku dan akak berhajat ingin tidur bersama-sama dengan ibu kerana malam tu abah kerja dan balik pada pukul 5 pagi. Aku yang kesakitan mengetuk pintu bilik ibu untuk mengambil ubat, dan setelah ibu membuka pintu, aku melihat ibu baru bangun dari tidur dan menahan kesakitan tapak kaki yang bengkak di sebabkan seharian membuat kerja rumah. Aku yang rasa bersalah atas kepentingan diri ku yang tidak menolong ibu. Aku yang meringankan tangan, mengurut tapak kaki ibu yang membengkak tu. Meminta doa kepada Allah agar sembuhkan kaki ibu, sedih ku melihat tapak kakinya yang membengkak dek kerana angin. Sehingga bengkaknya surut, akak membawa batu yang telah di panaskan untuk di tuamkan pada tapak kaki ibu dan bahagia-bahagia yang ada angin. 
Aku yang seperti merasai kesakitan itu, menangis kerana tidak menolong ibu. Telah mengurut sehingga ibu bangun dari tidur dan kelaparan kerana tidak sempat nak makan. Dan aku pula yang tertidur keletihan seharian berjalan.

Aku cuba menjadi seorang anak yang baik dan solehah untuk ibu dan ayah-ayah ku. 
Aku harap aku tidak tergolong dalam anak-anak yang derhaka.