Sunday 17 March 2013

IBU

Seorang wanita yang tabah dalam mengharungi semua dugaan Allah, dia hanya insan biasa yang sering merendahkan diri. Dalam dunia ni tiada siapa yang boleh ku percayai melainka ibu. Isi hatinya hanya Allah sahaja yang tahu.

Ahad bersama ada dengan 17 Mar 2013 jam 1.30 pagi mungkin, baliknya aku ke rumah setelah seharian keluar, mungkin aku telah menguris hati ibu ku. Kerana jarang pulang ke Taiping, sekali balik keluar berjalan pula dan pulang lewat ke rumah. Pada malam tu, sampai saja dirumah aku dan akak berhajat ingin tidur bersama-sama dengan ibu kerana malam tu abah kerja dan balik pada pukul 5 pagi. Aku yang kesakitan mengetuk pintu bilik ibu untuk mengambil ubat, dan setelah ibu membuka pintu, aku melihat ibu baru bangun dari tidur dan menahan kesakitan tapak kaki yang bengkak di sebabkan seharian membuat kerja rumah. Aku yang rasa bersalah atas kepentingan diri ku yang tidak menolong ibu. Aku yang meringankan tangan, mengurut tapak kaki ibu yang membengkak tu. Meminta doa kepada Allah agar sembuhkan kaki ibu, sedih ku melihat tapak kakinya yang membengkak dek kerana angin. Sehingga bengkaknya surut, akak membawa batu yang telah di panaskan untuk di tuamkan pada tapak kaki ibu dan bahagia-bahagia yang ada angin. 
Aku yang seperti merasai kesakitan itu, menangis kerana tidak menolong ibu. Telah mengurut sehingga ibu bangun dari tidur dan kelaparan kerana tidak sempat nak makan. Dan aku pula yang tertidur keletihan seharian berjalan.

Aku cuba menjadi seorang anak yang baik dan solehah untuk ibu dan ayah-ayah ku. 
Aku harap aku tidak tergolong dalam anak-anak yang derhaka.

Tuesday 29 January 2013

Tuesday 15 January 2013

WHAT KIND OF PEOPLE LA YOU

Apa salahnya tegur seseorang dengan cara yang elok sikit, orang lain juga mempunyai perasaan. Pangkat atau darjat tidak dapat menolong kita di "alam" indah tu nanti. Mungkin orang tu ada buat salah yang dia tidak perasaan tapi apa salahnya awak yang bijak sana lagi cerdik tu tegur dengan cara yang sopan sikit. Nada suara dan cara percakapan kita adakalanya akan membuat orang yang mendengar tersinggung dengan apa yang di perkatakan oleh awak. Mungkin sekarang orang yang awak tegur tu sedang di bawa, mana tahu suatu hari nanti awak pula yang di bawa, pasti terasa bukan? Bila di perlakukan seperti itu. Pelik manusia zaman sekarang ni, mungkin dia rasakan dia sudah cukup berkuasa dan cukup tahu dalam pelbagai hal, tapi tak perlu laa nak memperkecilkan orang lain dengan cara teguran yang kasar seperti tu. Maaf jika telah melakukan kesalahan kerana manusia dalam dunia ni hanya laa insan biasa yang tak lekang daripada melakukan kesalahan. Jika ada ilmu yang lebih, apa salahnya di kongsikan bersama-sama. 

Monday 14 January 2013

GEGIRL

Perempuan? Girl? Mesti di kaitkan dengan sifat manja yang dimiliki oleh kaum hawa ini, begitu juga saya. Adakala terasa macam keterlaluan tapi itu adalah perangai sebenar yang tidak dapat di ubah. Bila dengan family mungkin mereka memahami, bila dengan kawan ada yang memahami ada yang menyampah dengan kita kerana terlalu manja mungkin. Grrrr! Boyfriend mungkin dia cuba untuk memahami sifat manja Girlfriend nya yang mengada ini. Sampaikan ada juga kawan yang memperkecilkan sesetengah kawan mereka yang "manja" itu, katanya mereka tidak berani untuk bersendiri atau berdikari dalam hidup ini, tanggapan mereka sama sekali salah, tak semestinya "manja" tak reti nak berdikari untuk hidup sendiri, cuma perlukan masa yang lama sikit saja. Harap faham. Saya salah seorang darinya. 

Sunday 13 January 2013

If you can dream it, that's mean you can do it.
Always remember that, this whole thing was started with a dream.

IBU

Seorang wanita yang tabah, berani, kuat, cekal, redha, baik hati, dan penyayang. Dia ratu hatiku yang sentiasa memberi kekuatan pada diri yang lemah dan baru mahu mengenal dunia ini. Sejak kecil lagi ibu hidup susah, tidak diberi kasih sayang, dipinggirkan oleh keluarga, itu adalah kisah silamnya yang amat menyedihkan. Semasa di zaman ku bersekolah, hati ni marah je bila ibu melarang ku untuk buat sesuatu yang ku inginkan. Selalu melawan, tidak menghargai, mengecawakan dia, membuat dia sedih, aku antara anak yang paling banyak buat masalah pada ibu. Sejak aku habis sekolah, semua tu telah berubah, aku lebih menghargai ibu, cuba untuk mengubah sikap kepada yang lebih elok atau baik, sejak berjauhan dengan ibu, aku banyak belajar untuk menghargai parents, mengenang jasa pengorbanan mereka. Aku harap suatu hari nanti aku dapat membantu ibu, ayah dan juga abah. mereka telah bersusah payah untuk membesarkan aku. They are most important in my life.