Sunday 17 March 2013

IBU

Seorang wanita yang tabah dalam mengharungi semua dugaan Allah, dia hanya insan biasa yang sering merendahkan diri. Dalam dunia ni tiada siapa yang boleh ku percayai melainka ibu. Isi hatinya hanya Allah sahaja yang tahu.

Ahad bersama ada dengan 17 Mar 2013 jam 1.30 pagi mungkin, baliknya aku ke rumah setelah seharian keluar, mungkin aku telah menguris hati ibu ku. Kerana jarang pulang ke Taiping, sekali balik keluar berjalan pula dan pulang lewat ke rumah. Pada malam tu, sampai saja dirumah aku dan akak berhajat ingin tidur bersama-sama dengan ibu kerana malam tu abah kerja dan balik pada pukul 5 pagi. Aku yang kesakitan mengetuk pintu bilik ibu untuk mengambil ubat, dan setelah ibu membuka pintu, aku melihat ibu baru bangun dari tidur dan menahan kesakitan tapak kaki yang bengkak di sebabkan seharian membuat kerja rumah. Aku yang rasa bersalah atas kepentingan diri ku yang tidak menolong ibu. Aku yang meringankan tangan, mengurut tapak kaki ibu yang membengkak tu. Meminta doa kepada Allah agar sembuhkan kaki ibu, sedih ku melihat tapak kakinya yang membengkak dek kerana angin. Sehingga bengkaknya surut, akak membawa batu yang telah di panaskan untuk di tuamkan pada tapak kaki ibu dan bahagia-bahagia yang ada angin. 
Aku yang seperti merasai kesakitan itu, menangis kerana tidak menolong ibu. Telah mengurut sehingga ibu bangun dari tidur dan kelaparan kerana tidak sempat nak makan. Dan aku pula yang tertidur keletihan seharian berjalan.

Aku cuba menjadi seorang anak yang baik dan solehah untuk ibu dan ayah-ayah ku. 
Aku harap aku tidak tergolong dalam anak-anak yang derhaka.

Tuesday 29 January 2013

Tuesday 15 January 2013

WHAT KIND OF PEOPLE LA YOU

Apa salahnya tegur seseorang dengan cara yang elok sikit, orang lain juga mempunyai perasaan. Pangkat atau darjat tidak dapat menolong kita di "alam" indah tu nanti. Mungkin orang tu ada buat salah yang dia tidak perasaan tapi apa salahnya awak yang bijak sana lagi cerdik tu tegur dengan cara yang sopan sikit. Nada suara dan cara percakapan kita adakalanya akan membuat orang yang mendengar tersinggung dengan apa yang di perkatakan oleh awak. Mungkin sekarang orang yang awak tegur tu sedang di bawa, mana tahu suatu hari nanti awak pula yang di bawa, pasti terasa bukan? Bila di perlakukan seperti itu. Pelik manusia zaman sekarang ni, mungkin dia rasakan dia sudah cukup berkuasa dan cukup tahu dalam pelbagai hal, tapi tak perlu laa nak memperkecilkan orang lain dengan cara teguran yang kasar seperti tu. Maaf jika telah melakukan kesalahan kerana manusia dalam dunia ni hanya laa insan biasa yang tak lekang daripada melakukan kesalahan. Jika ada ilmu yang lebih, apa salahnya di kongsikan bersama-sama. 

Monday 14 January 2013

GEGIRL

Perempuan? Girl? Mesti di kaitkan dengan sifat manja yang dimiliki oleh kaum hawa ini, begitu juga saya. Adakala terasa macam keterlaluan tapi itu adalah perangai sebenar yang tidak dapat di ubah. Bila dengan family mungkin mereka memahami, bila dengan kawan ada yang memahami ada yang menyampah dengan kita kerana terlalu manja mungkin. Grrrr! Boyfriend mungkin dia cuba untuk memahami sifat manja Girlfriend nya yang mengada ini. Sampaikan ada juga kawan yang memperkecilkan sesetengah kawan mereka yang "manja" itu, katanya mereka tidak berani untuk bersendiri atau berdikari dalam hidup ini, tanggapan mereka sama sekali salah, tak semestinya "manja" tak reti nak berdikari untuk hidup sendiri, cuma perlukan masa yang lama sikit saja. Harap faham. Saya salah seorang darinya. 

Sunday 13 January 2013

If you can dream it, that's mean you can do it.
Always remember that, this whole thing was started with a dream.

IBU

Seorang wanita yang tabah, berani, kuat, cekal, redha, baik hati, dan penyayang. Dia ratu hatiku yang sentiasa memberi kekuatan pada diri yang lemah dan baru mahu mengenal dunia ini. Sejak kecil lagi ibu hidup susah, tidak diberi kasih sayang, dipinggirkan oleh keluarga, itu adalah kisah silamnya yang amat menyedihkan. Semasa di zaman ku bersekolah, hati ni marah je bila ibu melarang ku untuk buat sesuatu yang ku inginkan. Selalu melawan, tidak menghargai, mengecawakan dia, membuat dia sedih, aku antara anak yang paling banyak buat masalah pada ibu. Sejak aku habis sekolah, semua tu telah berubah, aku lebih menghargai ibu, cuba untuk mengubah sikap kepada yang lebih elok atau baik, sejak berjauhan dengan ibu, aku banyak belajar untuk menghargai parents, mengenang jasa pengorbanan mereka. Aku harap suatu hari nanti aku dapat membantu ibu, ayah dan juga abah. mereka telah bersusah payah untuk membesarkan aku. They are most important in my life.

HE AND SHE

Who is he? He is part of my life. And who is she, also part of my life most important. ALLAH telah mendatangi aku dengan seseorang yang sama nasibnya dengan kakak ku, kedua-duanya mengalami nasib yang sama. Mereka adalah orang yang paling aku sayang, dugaan ALLAH amat banyak yang mereka alami. Mereka dilahirkan tidak sama seperti aku, mereka anak ALLAH. Aku sayang mereka. Tidak dapat ku luahkan apa yang tersirat didalam hati ini.

DEAR BOYFRIEND

Saya mohon maaf atas kesalahan saya dan sikap saya yang keterlaluan ini. Saya cuma mahukan sesuatu yang terbaik untuk hubungan kita dan masa depan kita ni, sayang. Memang saya mengaku adakalanya saya terlalu mementingkan diri sendiri. Dalam hati saya tiada sesiapa selain awak, sepanjang hidup saya belum pernah berjumpa lelaki seperti awak, mungkin adakala mulut saya mengatakan yang awak adalah lelaki yang tidak bagus tapi kenyataannya, awak lah di kalangan lelaki yang bagus dan baik. Saya hanya mahu hidup bersama awak hingga ke akhir hayat saya dan kita. Sememangnya saya tidak dapat membohongi diri saya, yang saya amat memerlukan awak di setiap hari-hari yang saya lalui selama ini, sejak saya berjumpa, berkenalan dengan awak. Awak banyak mengajar saya agar menjadi seorang wanita yang lebih matang untuk menguruskan segala perkara didalam dunia ni, awak mengajar saya unutk lebih berdikari, awak minta saya jadi seorang wanita yang cantik dan pandai menjaga keperibadian diri, awak mengajar saya setiap apa yang saya tidak tahu, awak sentiasa mencuba untuk menghiburkan hati saya tiapkala saya kesedihan. Saya juga cuba untuk membahagiakan awak, saya pernah berjanji pada diri saya untuk membahagiakan awak tapi malangnya saya tidak berjaya untuk membahagiakan awak, saya selalu menyakitkan hati awak, betul kata awak sebelum ni yang saya tidak pernah langsung memikirkan tentang perasaan awak, apa yang awak rasa, apa yang awak alami, saya terlalu mementingkan diri sendiri, saya kesal dengan apa yang telah saya lakukan selama ni. Saya juga erasan dengan sikap saya ni yang sentiasa memarahi awak. Sebenarnya awak yang telah membuat saya gembira, bahagia, tersenyum. Dimasa kta berkenalan dulu, tiada satu perkara pun yang salah pada awak yang saya rasakan, sejak hubungan kita terjalin hingga sekarang, ada saja yang tak kena pada awak yang saya rasakan, saya juga tidak tahu mengapa dengan diri saya yang tidak tahu bersyukur ni, yang telah dikurniakan dengan lelaki seperti awak. Saya kesal dengan apa yang telah saya lakukan pada awak. Hanya ALLAH yang tahu sebenarnya bertapa saya sayangkan awak, sayang. Maafkan saya.
Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau,
tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
It takes only a minute to get a crush on someone,
an hour to like someone, a day to love someone.
But it takes a lifetime to forget someone.