Sunday 13 January 2013

IBU

Seorang wanita yang tabah, berani, kuat, cekal, redha, baik hati, dan penyayang. Dia ratu hatiku yang sentiasa memberi kekuatan pada diri yang lemah dan baru mahu mengenal dunia ini. Sejak kecil lagi ibu hidup susah, tidak diberi kasih sayang, dipinggirkan oleh keluarga, itu adalah kisah silamnya yang amat menyedihkan. Semasa di zaman ku bersekolah, hati ni marah je bila ibu melarang ku untuk buat sesuatu yang ku inginkan. Selalu melawan, tidak menghargai, mengecawakan dia, membuat dia sedih, aku antara anak yang paling banyak buat masalah pada ibu. Sejak aku habis sekolah, semua tu telah berubah, aku lebih menghargai ibu, cuba untuk mengubah sikap kepada yang lebih elok atau baik, sejak berjauhan dengan ibu, aku banyak belajar untuk menghargai parents, mengenang jasa pengorbanan mereka. Aku harap suatu hari nanti aku dapat membantu ibu, ayah dan juga abah. mereka telah bersusah payah untuk membesarkan aku. They are most important in my life.

No comments:

Post a Comment