Tuesday 15 January 2013

WHAT KIND OF PEOPLE LA YOU

Apa salahnya tegur seseorang dengan cara yang elok sikit, orang lain juga mempunyai perasaan. Pangkat atau darjat tidak dapat menolong kita di "alam" indah tu nanti. Mungkin orang tu ada buat salah yang dia tidak perasaan tapi apa salahnya awak yang bijak sana lagi cerdik tu tegur dengan cara yang sopan sikit. Nada suara dan cara percakapan kita adakalanya akan membuat orang yang mendengar tersinggung dengan apa yang di perkatakan oleh awak. Mungkin sekarang orang yang awak tegur tu sedang di bawa, mana tahu suatu hari nanti awak pula yang di bawa, pasti terasa bukan? Bila di perlakukan seperti itu. Pelik manusia zaman sekarang ni, mungkin dia rasakan dia sudah cukup berkuasa dan cukup tahu dalam pelbagai hal, tapi tak perlu laa nak memperkecilkan orang lain dengan cara teguran yang kasar seperti tu. Maaf jika telah melakukan kesalahan kerana manusia dalam dunia ni hanya laa insan biasa yang tak lekang daripada melakukan kesalahan. Jika ada ilmu yang lebih, apa salahnya di kongsikan bersama-sama. 

No comments:

Post a Comment